AKTIVITI KELAB
Bersama Lifebuoy
Jenama sabun terkenal, Lifebuoy meraikan sambutan Hari Mencuci Tangan Sejagat, 15 Oktober lalu dengan mengadakan kempen Janji 21/5 iaitu mencuci tangan lima kali sehari untuk tempoh 21 hari.
Inisiatif berkenaan turut mendapat sokongan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia diadakan bagi mendidik pelajar sekolah rendah mengenai kaedah terbaik menghindar penularan kuman dan bakteria de-ngan membasuh tangan dengan betul.
Pengarah Penjagaan Diri, Unilever Malaysia Ashlee Ng berkata, ia adalah tahun ketiga berturut-turut jenama itu meraikan sambutan hari berkenaan.
Kata Ashlee, pihakÂnya melaksanakan kempen berkenaan di 10 sekolah terpilih dengan kerjasama dua kementerian berkenaan.
Katanya, jenama itu memberi penekanan bahawa walaupun hakikat-nya kuman dan bakteria itu berada di mana-mana dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun masyarakat mampu menghindarinya daripada merebak.
"Kanak-kanak sememangnya cenderung mengguna kesemua pancaindera terutama deria sentuhan dalam aktiviti harian yang dilakukan.
"Namun seperti orang dewasa, kanak-kanak juga tidak menyedari bahawa tangan mereka boleh menjadi alat penyebaran kuman," katanya.
Menurut Ashlee lagi, matlamat utama pihaknya adalah untuk mempromosi amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara ini terutama pelajar sekolah rendah.
Ashlee berkata, kempen itu menyediakan platform untuk mendidik kanak-kanak membasuh tangan lima kali sehari iaitu selepas keluar tandas, sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam dan ketika mandi.
Antara langkah proaktif yang dijalankan menerusi kempen berkenaan adalah mengedar kad peringatan harian kepada pelajar supaya mereka boleh mengawasi sendiri tabiat membasuh tangan masing-masing.
"Selepas 21 hari, sekolah yang mencatat rekod tertinggi amalan membasuh tangan akan dibekalkan dengan produk Lifebuoy untuk kegunaan sebulan," katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.
Hadir sama Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Abdul Jabar Ahmad; Ketua Penolong Pengarah, Unit Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Pendidikan Luar Kementerian Pendidikan Malaysia Mahamad Amran Kamsi serta Guru Besar SK Bukit Pantai Sopian Mokhtar.
Abdul Jabar berkata, didikan terhadap amalan kebersihan perlu dipraktikkan sejak awal bagi membolehkan kanak-kanak mengamalkannya sehingga dewasa.
"Amalan kebersihan tidak boleh diabaikan kerana ia penting bagi menghentikan penularan kuman dan bakteria. Inisiatif yang diadakan ini mampu memberi pengaruh besar dalam membina sahsiah diri kanak-kanak," katanya.
Pada majlis sama, pemenang Program Doktor Muda yang diadakan baru-baru ini turut diumumkan. Program berkenaan diadakan bagi memperkasa pelajar bagi merangsang tabiat kebersihan dalam kalangan rakan sebaya dan keluarga.
Beberapa sekolah dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyertai program berkenaan dengan SK Telok Menegon, Klang diumumkan sebagai pemenang utama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2950#sthash.tAP6BahY.dpuf